Sunday, December 19, 2010

Monday, August 23, 2010

PEDANG SIAM BERHULU PERAK












Pedang siam ini dihadiahkan oleh Raja siam kepada Raja kelantan pada zaman dahulu .berusia lebih kurang 250 tahun .






















































KERIS PANDAI SARAH LOK 25




Keris jenis pandai sarah lok 25.hulu diperbuat daripada akar bahar(sejenis tumbuhan di dalam laut)dan sarung diperbuat dari kayu pada hujungnya di masuk gading.berusia lebih kurang 200 tahun berasal dari kelantan.


















KERIS JAWA PICIT HULU BESI
















Keris jawa picit ini berasal dari patani (selatan thai)di buat semasa pengaruh hindu ditanah jawa dan islam baru bertapak di nusantara.keris picit dibuat bertujuan sebagai keris azimat ,Pelaris dan menghalang dari ilmu hitam.keris picit dibentuk tanpa menggunakan alat pada bilah nya terdapat 7 bekas picit manakala hulu nya dibentuk meyerupai wajah manusia.keris picit dibuat oleh orang yang tinggi ilmu besi dan bertapa di dalam gua.berusia lebih 500 tahun dan sarung nya dibahagian atas diperbuat daripada gading manakala bahagian batang diperbuat dari kayu pada bahagian hujung batang ditatah dan diukir

















































MATA LEMBING PATONG TEMBAGA
















Mata Lembing Patong Tembaga di buat sebagai azimat atau pendinding dan diletakan pada hujung payung Raja dizaman dahulu.Berasal dari Kelantan dan berusia lebih kurang 200 tahun.

DUIT PITIS KEPEN SEPOHON


GARI LAMA ZAMAN BRITISH







Sunday, August 22, 2010

UKIRAN KAYU KHAT BERBENTUK HARIMAU SEPASANG















Gambar atas
Bendera tubuh KDYMM Sultan Muhammad IV pada tahun 1899M dan juga dijadikan bendera Negeri Kelantan . Di tubuh harimau mengandungi ayat -ayat suci al-Quran.











Ukiran kayu berbentuk harimau dan ditubuhnya mengandungi ayat suci al-quran .Mengikut cerita pemilik asal ukiran ini ,Banginda ,Sultan Muhammad IV semasa remajanya tetarik pada ukiran ini yang terletak pada kiri kanan dinding di atas pintu dalam istana Sultan Ahmad (putera sulong Sultan Muhhammad II).Dan semasa pemerintahan banginda telah berkenan untuk mengambil corak harimau ini dan mengubah- suai sedikit corak dan ayat al Quran pada tubuh harimau untuk dijadikan sebagai lambang bendera tubuh Baginda dan Bendera Negeri Kelantan.

KOTAK NELAYAN KE LAUT
















Kotak nelayan digunakan oleh nelayan dizaman dahulu untuk menyimpan alat -alat menangkap ikan seperti tali ,mata kail,timah pemberat ,dan juga tempat menyimpan tembakau serta duit hasil jualan ikan. para nelayan juga mengunakan kotak nelayan sebagai tempat duduk apabila didalam perahu ketika mengail.Diperbuat dari sebatang kayu nangka dan bahagian tengahnya dikorek tembus untuk dibuat laci dikedua belah hujung.cara menbuat kotak nelayan sangat menarik dan unik disebabkan tidak mengunakan paku walaupun sebatang manakala ukiran pada atas dan kedua belahnya sungguh indah dan diwarnakan warna warni bagi mencantikkan serta menjaga kotak nelayan daripada terdedeh kepada air yang cepat merosakan kayu. Berasal dari Kelantan ,Berusia lebih kurang 130 tahun.Para nelayan juga membawa satu lagi bekas makanan dinamakan cepu ke laut.kotak nelayan juga berfungsi sebagai penyelamat apabila perahu terbalik kerana kotak nelayan akan timbul dipermukaan air dan boleh dijadikan tempat bergatung.












Thursday, August 19, 2010

PERHIASAN PADA TANDUK LEMBU BELAGA














Gambar ini diambil di luar Istana Balai Besar di kota Bharu,Kelantan dan diambil oleh Sir Frank Swettenham ketika lawatan nya pada 1902 sempena Ulang tahun Sultan Kelantan dan di adakan pelawanan laga lembu.Pelawanan Laga lembu amat di minati oleh semua golongan pada zaman itu dan Sebelum pelawanan laga lembu dimulakan lembu laga akan dipakai perhiasan pada tanduk . pemilik lembu laga dari golongan orang kebanyakan perhiasan tanduk dibuat dari tembaga manakala milik Raja atau golongan Bangsawan pula dipakaikan perhiasan tanduk yang dibuat dari perak ,suasa dan Emas serta diukir corak untuk mencantikan serta menampakan kehebatan lembu laga serta pemiliknya.





















KENDI TEMBAGA PUTIH

Kendi Tembaga Putih

BADIK MELELA KELANTAN















Badik Melela














Wednesday, August 18, 2010

DULANG TEMBAGA TEBUK BERTUDUNG
















Bekas Tembaga Tebuk ini digunakan untuk menghidang kueh -Muih untuk Santapan Raja -Raja Melayu pada zaman dahulukala. Berasal dari kelantan berusia lebih kurang 150 Tahun.






Tuesday, August 17, 2010

JEBOK PUYUH / PERANGKAP BURUNG PUYUH






















Jebok puyuh pada zaman dahulu digunakan untuk memerangkap burung puyuh jantan sebagai binatang peliharaan kerana jenis puyuh hutan mengeluarkan bunyi .Cara mengunakan jebok puyuh perlu meletak seekor puyuh betina(denok)di dalam bahagian dalam sebagai umpan untuk memanggil puyuh jantan.